Tuesday, May 09, 2006

A'kum semua,

Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana dah terlalu lama tidak coretkan sesuatu di sini. Maklumlah jangankan perkhidmatan internet malah perkhidmatan telefon mudah alihpun tidak mendapat liputan.

Alhamdulillah setelah berkhemah di hutan Baling selama hampir 40 hari, kami semua telah selesai menjalani penggambaran Kem Karismatik dan semua yang terlibat (kesemua putera dan krew produksi selamat pulang ke tempat masing-masing).

Apa yang pasti cabaran kami di Kem Karismatik tidak kurang hebatnya. Saya akan berkongsi pengalaman di Baling dalam website Kem Karismatik dalam masa terdekat... buat masa ni izinkan saya mendapat sedikit rehat.

Apapun setinggi ucapan terima kasih kepada seluruh warga Kedah terutamanya warga Baling yang telah memberi kerjasama yang amat baik. Allah jua yang mampu membalas budi baik anda semua.

Di atas penundaan siaran BONGKAR, saya ingin memohon maaf sekali lagi kepada anda semua... juga pihak media cetak yang telah banyak membantu kami. Sebagai manusia yang lemah kami hanya mampu membuat perancangan dan meletakkan usaha yang gigih, selebihnya kami bertawakkal. Kami percaya setiap kejadian pasti ada hikmahnya.

Kami baru saja mendapat pengesahan dari pihak RTM hari ni yang BONGKAR akan mula ditayangkan bermula Isnin ini 8 Mei 2006 jam 1230 tengah malam di TV2.

Kami amat berterimakasih dan yakin RTM telah membuat keputusan yang terbaik untuk BONGKAR.Bagi pihak penerbitan, sekali lagi saya mohon maaf dan amat menghargai sokongan berterusan yang anda semua berikan.

Sekian dulu... jaga diri baik-baik!

1 Comments:

Blogger Little Snow said...

so, terlepas le gak penat lelah team bongkar wan.... saya salute wan sbb mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dlm menunggu dan melalui pelbagai prosedur RTM untuk penyiaran BONGKAR... Anyway, jgn berputus asa jika ingin menghantar bahan di RTM yek... Saya tengah tunggu arahan untuk preview episod-episod Bongkar yang lain... harap-harap lepas ni tiadalah apa-apa masalah.... C U Next...Wasalam

2:23 PM  

Post a Comment

<< Home